ManjaManjaIstimewaPersonaliti1Personaliti2SelerasaStalistaFokus Spotlight
Wednesday, 23 May 2012 14:23

Bakat 3 Campur 1



Fauzie Laily

Oleh Aizam Omar
Foto Steve Zhu
Rekagaya Steve Thio
mekap & rambut Sha (hp: 9628 7035) pakaian semua dari Gap penghargaan lokasi New Majestic Hotel di 31 - 37 Bukit Pasoh Road

Orangnya selalu tampak ceria dan bersahaja. Ini memudahkan sesiapa sahaja berinteraksi dengannya. Perwatakannya dari dulu hingga kini tidak banyak perbezaan. Tapi, kalau nak dibandingkan dari segi bakat dan kebolehan, pastinya FAUZIE LAILY kini lebih dewasa dan versatil.

Apabila diimbas kembali detik beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Anugerah 2005, usianya baru 20 tahun. Masih hijau dan baru sahaja nak berjinak- jinak dalam seni hiburan.

Kini, Fauzie berjaya membuktikan tekad dan kesungguhannya dalam bidang ini. Beliau bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, malah kini terbukti berupaya juga untuk berlakon dan mengacara.

Dan kini mahu menjadi pengarah pula.

Bakat berbilang, tapi siapakah gerangan diri Fauzie yang sebenar? Jom, kita susuri perjalanan seninya dan rancangan Fauzie mengakhiri zamen bujang sebelum usia mencecah 30 tahun!

Fauzie Laily

Latest Photo Galleries on xinmsn