ManjaManjaIstimewaPersonaliti1Personaliti2SelerasaStalistaFokus Spotlight
Wednesday, 23 May 2012 15:26

Disihir Atau Mainan Imaginasi?

SUSULI PENDEDAHAN ARTIS SEBERANG TAMBAK JADI MANGSA ILMU HITAM, BEBERAPA ARTIS TEMPATAN TAMPIL BERKONGSI PENGALAMAN MEREKA...


Nana Karia

Nana Karia

Oleh Mona Abdul Wahab

Nak percaya, bimbang ia akan hanya menakutkan diri sendiri. Tak nak percaya, dah banyak pula kisah yang didengar.

Isu penggunaan ilmu hitam di industri hiburan Melayu kini menarik perhatian setelah tersiar rentetan berita mengenai beberapa artis yang dikatakan terkena santau dan sihir.

Kisah penyanyi rock lagenda, Awie, yang mula berkongsi cerita bahawa dia telah muntah bulu ayam dan jarum dan selalu diganggu oleh lembaga-lembaga putih yang masuk di rumahnya bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah telah 'membuka laluan' mendorong artis-artis lain berkongsi pengalaman ngeri mereka.

Pelakon terkenal Fizz Fairuz juga baru-baru ini mengatakan yang dia pun terkena sebuah gangguan kesihatan setelah menjalani penggambaran drama Waris beberapa bulan lalu.

Kata Fizz, dia mula rasa kecergasan dirinya mula merosot dan dia mula dituduh menjadi seorang artis yang sombong dan besar kepala. Pemeriksaan doktor tidak menunjukkan apa-apa kesan serius tetapi setelah dia pergi berubat secara tradisional, dia telah diberitahu yang sebenarnya, ada makhluk sebesar beruang sedang bertenggek di bahu.

Awie, yang mengesyaki dirinya telah terkena buatan orang, pernah ke Thailand untuk membuang santau yang di rasa ada di tubuhnya. Kisah terbaru yang didengar ialah Awie kini sedang menjalani proses mengubati dirinya daripada sakit misteri itu.

Tentunya ini semua telah membuat Manja tertanya-tanya apakah artis tempatan kita juga pernah melalui pengalaman serupa?

Latest Photo Galleries on xinmsn